hai semua...
kita bertemu lagi..
hari ini aku mahu bercerita tentang gamelan.alat muzik tradisi orang melayu..haaa
hari ini aku mahu menaip penuh. mahu memartabatkan bahasa melayu..hari ini sahaja..esok mungkin lain..huhu
baiklah kawan-kawan,
apakah itu gamelan??
dari apa yang aku tahu,ia sejenis alat muzik.
aku mengambil subjek gamelan sebagai subjek kokurikulum aku di universiti..
sekarang aku masih belajar untuk bermain alat gamelan tersebut.
untuk bermain, kita perlukan kesabaran dan kemahiran.
daripada pengalaman yang aku dapat,agak susah juga untuk bermain alat ini pada mulanya.namun,setelah
bermain selama berminggu-minggu,kita akan dapat merasakan kenikmatan bermain alat ini.
akan tetapi,aku sendiri pun belum mahir untuk bermain dengan betul..maklumlah,seperti apa yang aku sebut di
atas tadi,kita perlukan kesabaran..
baiklah,ini definisi yang aku cari menggunakan google..
Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel.
Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.
ini gamba alat-alat gamelan
Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang.
Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang.
Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.
Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks.
Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.
alat ini aku cuba main waktu koko tadi
aku rasa kita patut cuba bermain apa juga alat muzik yang ada kerana apabila kita cuba bermain,kita akan berasa seronok apabila dapat bermain dengan betul..namun,kita akan berasa kecewa jika kita tidak dapat bemain dengan betul.belum cuba,belum tahu.oleh itu kita berlu bersabar untuk melakukan sesuatu pekerjaan..
baiklah aku rasa sampi setakat ini dahulu,,sampi ketemu lagi..
p/s: rse janggal pulak bila tulis skema..haha...klu xsuke,xyah bace ye kwn2..(dah abes bace bru pesan..haha)
No comments:
Post a Comment